
Di dalam guideline lengkap ini anda akan diajar step by step apa yang harus anda lakukan sebaik sahaja mendaftar diri sebagai Agent Mymode. Segala penerangan dikarang secara detail bagi memudahkan pemahaman anda.
Guideline ini disediakan atas inisiatif sendiri leader Prepaid4U dan bukannya disediakan oleh syarikat Mymode iaitu Advanced Mobile Services & Solution Sdn Bhd (AMOSS) formerly known as Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd. Jadi anda bertuah kerana dokumen ini hanya diberikan kepada agent yang berdaftar dibawah group ini sahaja.
Sila bekalkan dokumen ini kepada semua downline anda bagi memastikan proses pembelajaran ini berterusan.
1. Apa harus saya lakukan sebaik sahaja menjadi Agent?
1.1 Kemaskini Profile anda di laman web rasmi mymode.
Ini amat penting kena segala butir-butir peribadi anda sebagai agent perlu dikemaskinikan terutama nama pewaris, no akaun bank, alamat dan sebagainya.
Caranya:
i. Buka portal rasmi mymode di http://www.mymode.com.my
ii. Klick button ‘Member Login’ (pada penjuru atas sebelah kanan) untuk masuk keruangan ahli.
iii. Masukkan Mobile No (No HP ydang didaftarkan) dan untuk ruangan Password, masukkan No PIN 4 digit anda. Jangan lupa untuk menandakan dibahagian “Yes, I have read and accepted all the above terms and conditions” sebelum anda klick butang ‘Login’.
iV. Sekarang anda berada di ruangan ahli. Segala rekod berkenaan aktiviti anda boleh dilihat di sini. Klick butang ‘Edit Profile’ pada Menu pilihan.
v. Lengkapkan butir-butir diri anda dan kemudian klick butang ‘confirm’. Pastikan segala butiran adalah betul kerana anda tidak boleh mengubahnya selepas itu. Sekiranya perlu, anda terpaksa menghubungi pihak syarikat untuk mengubahnya. Ini adalah untuk tujuan keselamatan.
** Sila isikan semua tempat kosong jika tidak anda tak boleh save page berkenaan. Jika ada ruangan yg tak berkenaan (cth: No KP Lama) hanya taip ‘TIADA’ atau ‘N/A’.
1.2 Makna dan kegunaan Menu di Mobile Lounge Mymode.
(Sila buat perkara 1.1 terlebih dahulu untuk mendapat gambaran jelas mengenai explaination di bawah)
i. LOG OUT – Keluar dari ruangan ahli.
ii. Edit Profile – Mengemas kini butir-butir peribadi anda.
iii. Purchase History – Melihat rekod pembelian produk prepaid mymode yang telah dibuat oleh anda.
iv. E-Commerce Purchase – Melihat rekod pembelian product E-Commerce Mymode seperti T-Shirt, Mymode Xlim Coffee, e-Fiber Cordial, e.Cream Natural dan lain-lain product. Klick di Menu PRODUCT untuk senarai penuh.
v. Referral Network – Melihat susunan downline dibawah anda sehingga level 10.
vi. Group Performance – Melihat jumlah pendaftaran ahli baru dan Jualan kumpulan dibawah anda mengikut cabang Direct Downline.
vii. MyPoint Statement – Melihat senarai penuh urus niaga yang anda lakukan dengan mymode. Ini termasuk pembelian prepaid, top-up akaun mymode, pendaftaran agent baru dan lain-lain.
viii. MyRewards Statement – Melihat penyata bunus mingguan anda dan perincian pengiraannya. Anda juga boleh melihat rekod bonus-bonus sebelumnya dengan menggunakan drop downm menu yang disediakan.
ix. Agent Interaction Report – Tidak berfungsi
x. Genting/Bangkok/Korea MP Promo – Promotion bagi mereka yang aktif menaja. Peluang bercuti keluar negara. Ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat.
xi. News & Promotion – Berita-berita dan promosi terkini dari pihak syarikat. Borang-borang untuk pertukaran No HP dan MCCP juga hendaklah dimuat turun dari bahagian ini.
xii. Product Listing – Melihat senarai penuh product-product Mymode. Ianya akan di update dari masa kesemasa.
xiii. My Reward Plan – Marketing plan mymode. Sila baca.
No comments:
Post a Comment